Rss Feed

Info Ringkas

.

  1. Soalan Lazim

    Tuesday, September 28, 2010

    1.       Siapa yang boleh menyertai?
    Bumiputera dengan ciri-ciri keusahawanan dan mempunyai latar belakang multimedia. Golongan sasarannya ialah belia , wanita, Orang Asli dan orang kurang upaya .

    Kumpulan sasaran
    Had umur
    Belia
    18 – 30 tahun
    Wanita
    Tiada had umur
    Orang Asli
    Tiada had umur
    Orang Kurang Upaya
    Tiada had umur


    2.       Cara-cara untuk menyertai bengkel Keusahawanan Multimedia Kreatif?
    Sila hubungi  rakan kerjasama.

    3.       Siapakah rakan kerjasama bagi projek ini?

    Rakan Kerjasama
    Lokasi
    Urusetia
    Nama
    No Tel
    IRDA
    Johor
    En Redzuan/ En Rasaki
    6 07 233 3123/6 07 233 3146
    Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang
    P.Pinang
    En Nas Sobri
    6 016 416 2747
    Jabatan Belia dan Sukan
    Kelantan
    En Khai Johan
    6 09 741 3140
    Yayasan Sultanah Bahiyah
    Kedah
    Pn Norhayati Ali
    6 04 7311870
    Jabatan Kebajikan Masyarakat
    K.Lumpur/
    Selangor
    Pn Wan Fadzlina
    6 03 2616 5681
    Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
    Perak
    En Zainal Abu Bakar
    6 03 2161 0577


    4.       Selama berapa hari bengkel akan dijalankan?
    Bengkel akan diadakan selama 3 hari 2 malam.

    5.       Berapakah harga yuran yang akan dikenakan untuk para peserta?
    Tiada yuran yang dikenakan, apa yang diperlukan ialah komitmen daripada para peserta untuk menghadiri bengkel selama 3 hari 2 malam.

    6.       Siapakah yang harus dihubungi untuk menyertai program ini?
    Sila hubungi rakan kerjasama.

    7.       Jika bukan golongan sasaran bolehkan  menyertai program?
    Tidak boleh

    8.       Bolehkan peserta dari negeri yang tidak terpilih untuk turut menyertai bengkel?
    Sila hubungi  rakan kerjasama.

    9.       Adakah program ini melibatkan pertandingan dan apakah hadiah yang ditawarkan?
    Ya, pada peringkat fasa 1 seramai 30 orang akan dipilih dan dilatih untuk menyertai pertandingan IPCC anjuran MDEC  serta akan diberikan RM500.00 setiap seorang.

    10.   Apa itu IPCC?
    IPCC adalah pertandingan Siri Cabaran Pencipta Harta Intelektual, ia merupakan pertandingan kandungan kreatif  (creative content) tahunan yang merangkumi 4 kategori iaitu Komik interaktif digital, Animasi, Permainan Kasual Komputer dan Permainan Telefon Mudah Alih. Pemenang akan diberikan geran sebanyak RM10,000.00 bagi setiap kategori. Untuk penerangan lanjut sila layari laman web IPCC www.mscmalaysia.my/topic/IPCC

    11.   Apakah penganjur menyediakan segala kelengkapan sepanjang bengkel?
    Ya penganjur akan menyediakan semua kelengkapan seperti  makanan dan minuman, penginapan, perjalanan dan kemudahan latihan seperti peralatan komputer.

    12.   Adakah saya boleh membawa kelengkapan  seperti laptop sendiri?
    Ya.

  2. 0 comments:

    Post a Comment