Rss Feed

Info Ringkas

.

  1. Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

    Tuesday, September 28, 2010


    Latar belakang

    Ditubuhkan pada 12 Januari 2005, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah dilancarkan secara rasmi oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak pada 22 Mei 2006.
    INSKEN bertanggungjawab dalam melaksanakan program latihan dan bimbingan keusahawanan untuk meningkat dan mengukuhkan ilmu pengetahuan dan kemahiran para usahawan serta bakal usahawan. Ini sekaligus menyokong strategi pelaksanaan MITI bagi mencapai matlamat mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera yang berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing. Pelaksanaan program INSKEN merangkumi pelbagai peringkat bermula dari peringkat pembudayaan keusahawanan, peringkat asas keusahawanan, peringkat peningkatan dan peringkat pengembangan jaringan perniagaan. Di samping itu, khidmat nasihat dan bimbingan turut disediakan kepada usahawan dan bakal usahawan.

    Objektif

    Menjadi pusat kecemerlangan pembangunan keusahawanan negara melalui latihan, bimbingan, jaringan dan pengembangan ke arah meningkatkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

    Visi dan Misi

    Visi : Menjadi pusat kecemerlangan keusahawanan berasaskan pengetahuan bagi melahirkan dan membangunkan usahawan yang berilmu, berdikari, berdaya tahan dan beretika.

    Misi : Untuk memupuk budaya keusahawanan dan mewujudkan usahawan beretika yang mampu menguasai ilmu dan kemahiran bagi membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB).

  2. 0 comments:

    Post a Comment