Rss Feed

Info Ringkas

.

  1. Hantar Kertas Cadangan - 30 Jun 2011

    Tuesday, June 28, 2011

    Assalamualaikum dan salam sejahtera warga KMK,

    Tarikh penghantaran kertas cadangan IPCC adalah pada 30 Jun ini. Diharap kalian menepati tarikh yang ditetapkan.

    Sila hantarkan kertas cadangan anda ke alamat berikut:
    sekretariatkmk@gmail.com

    Jangan tunggu saat akhir untuk menghantar. Semoga sukses!

  2. Bengkel 3 - Persediaan ke IPCC

    Friday, June 24, 2011


    Pada 14 hingga 16 Jun 2011 yang lalu telah berlangsung bengkel ketiga Keusahawanan Multimedia Kreatif (KMK) bertempat di Empress Hotel, Sepang. Dengan slogan 'Persediaan ke IPCC', bengkel selama tiga hari ini disertai oleh 47 peserta dari pelbagai latar belakang. Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung adalah berfokus kepada penyediaan kertas cadangan yang bakal dihantar ke pertandingan IPCC tidak lama lagi termasuk sesi pembentangan dan soal jawab bersama tetamu jemputan.

                                  Osman Affan (berdiri) antara yang hadir memberikan 
                                                            tips berguna kepada para peserta

                  Wakil dari Telekom Malaysia yang diundang untuk memberi panduan kepada peserta

                                Pn. Shahrizan dan Pn. Salimah dari MAC 3 (hadapan kiri) antara yang 
                                                                hadir pada bengkel kali ini

    Turut memeriahkan bengkel tiga hari berkenaan, pakar motivasi berpengalaman Osman Affan, salah seorang pemenang IPCC 2010 dalam kategori komik interaktif, Fahimi serta wakil dari MAC 3, Cradle Fund, Telekom Malaysia dan Nyla Production yang memberikan tips berguna kepada peserta berkenaan pertandingan IPCC dan peluang keusahawanan dalam bidang kreatif multimedia.

                  Salah seorang pemenang IPCC 2010 kategori komik interaktif, Fahimi berkongsi 
                                                      tips bersama peserta bengkel ke-3 KMK

                           Wakil dari Cradle Fund bersama peserta berkongsi peluang keusahawanan 
                                                            dalam bidang kreatif multimedia


                        Wakil dari Nyla Production (komik Upin & Ipin) turut sama memeriahkan bengkel

    Pada hari terakhir bengkel, majlis penutup dan penyampaian hadiah disusuli dengan acara memotong kek bagi meraikan hari lahir peserta pada bulan April, Mei dan Jun. Adalah diharapkan bengkel KMK pada kali ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada peserta dalam membina kertas cadangan yang kompetitif untuk bersaing di pertandingan IPCC 2011 tidak lama lagi.

    Akhir kata, terima kasih dan semoga berjaya diucapkan kepada seluruh warga KMK. Pastikan kalian hantar proposal pada 30 Jun ini ya! Gambateh :)



  3. Selamat Datang ke Bengkel 2 Fasa II

    Tuesday, May 10, 2011

    Bengkel 2 KMK Fasa II akan berlangsung di Hotel Putra, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur dari 10 hingga 12 Mei 2011.
    Selamat datang diucapkan kepada para peserta.