Rss Feed

Info Ringkas

.

  1. Bengkel KMK Selangor

    Monday, November 29, 2010

    Team KMK akan berada di Shah Alam sepanjang minggu ini. Bengkel kali ini akan melibatkan golongan kurang upaya. Mari sama-sama memberi sokongan buat mereka. Berikut adalah jadual bengkel KMK di Shah Alam;



    Jumpa anda semua di sana!!!

    

  2. Perhatian buat semua peserta Bengkel KMK penang (belia), tarikh tutup penghantaran projek ialah pada 29 Nov 2010 bersamaan hari ini (Isnin) pada jam 12 tengah malam Harap maklum. Pihak sekretariat mengucapkan selamat maju jaya kepada semua. Semoga berjumpa lagi di fasa 2.

  3. Salam buat semua peserta KMK Pulau Pinang, untuk makluman semua tarikh tutup penghantaran projek ialah pada 29 Nov 2010 bersamaan hari Isnin minggu hadapan. Team KMK ingin mengucapkan selamat maju jaya buat semua dan berharap akan mendapat projek yang WOW dari peserta Pulau Pinang sekaligus bertemu dengan semua lagi di fasa 2.

  4. Perhatian kepada para peserta Bengkel KMK (belia) Johor Bahru, tarikh tutup penghantaran projek untuk memasuki fasa 2 ialah pada hari ini iaitu 23 Nov 2010 selewat-lewatnya pada pukul 12 tengah malam.

    Team KMK mengucapkan selamat maju jaya buat semua.

  5. Team KMK akan ke Kelantan

    Monday, November 22, 2010

    Perhatian buat semua warga Kelantan, team KMK akan berada di Kelantan sepanjang minggu ini untuk Bengkel KMK ke 4 melibatkan para belia Kelantan. Berikut adalah jadual bengkel yang akan berlangsung.

    Jumpa anda di sana..

  6. Sesi pembelajaran di bengkel berjalan seperti bengkel-bengkel sebelumnya. Tetapi terdapat beberapa pengubahsuaian telah dilakukan ini termasuklah memanjangkan sesi DST dan Scratch.

    Fasi membantu para peserta.

    Para peserta fokus pada projek yang diberikan.

    Sesi DST berjalan lancar.

    Trainer memberi penerangan kepada para peserta mengenai Scratch



  7. Perasmian Bengkel Keusahawanan Multimedia Kreatif bagi kumpulan wanita, telah berlangsung pada 9 Nov 2010 di Ballroom Hotel Pandan City. Bengkel di Johor Bahru telah dirasmikan oleh En Nor Hisyam Hussein, Ketua Divisyen Pembangunan Sosial, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).


     Pendaftaran para peserta diadakan di Ballroom Pandan City Hotel.

    Barisan VIP yang hadir dari MSC Malaysia dan IRDA.

    Pertukaran cenderahati diantara pihak IRDA dan MSC Malaysia



  8. Perhatian kepada peserta bengkel pertama KMK yang berlangsung di Pandan City, Johor Bahru. Tarikh tutup penghantaran projek ialah pada 23 November 2010. Projek haruslah dihantar dalam 2 format iaitu;

    1. Template Powerpoint
    2. Fail scratch/DST
    Terima kasih.

  9. Pengumuman: Kami akan ke Pandan City.

    Thursday, November 4, 2010

    Kepada semua warga Johor, Team KMK akan ke Johor Bahru sekali lagi. Kami akan mengadakan bengkel khas untuk kumpulan wanita Johor pada 9 hingga 11 November 2010. Jumpa anda di sana.


  10. Majlis penutupan Bengkel KMK di Johor Bahru telah disempurnakan oleh Yg Berhormat Tn Hj Sr Muhammad Farid b. Hj Saad, ADUN Pulau Betong, Pulau Pinang. Beliau turut menyampaikan sijil dan hadiah pada para peserta.


    En Syah sebagai juru acara majlis.

    Doa dibacakan oleh En Pa'an.

    Ucapan oleh En Andi Mewakili MSC Malaysia.

    Peserta menpersembahkan DST yang telah dihasilkan.

    Peserta menunjukan game yang telah dihasilkan.

    Ucapan penutup dari YB Tn Hj Sr Muhamad Farid B Hj Saad.

    Penyampaian sijil dan cenderahati.

    Penyampaian sijil dan cenderahati.

  11. Sesi pengajaran telah diadakan di bengkel selama 2 hari melibatkan 6 modul dan satu slot kemahiran persembahan. Berikut adalah antara aksi-aksi menarik sepanjang sesi berlangsung.








  12. Pendaftaran dan perasmian Bengkel Keusahawanan Multimedia Kreatif telah berlangsung pada 26 Oct 2010 di Ballroom Rafflesia Hotel Tanjung Bungah Beach. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Dato' Mohd Noor Kamaludin, CEO Penang Cluster Alliance.


    Tetamu kehormat majlis perasmian KMK.

    En Syah selaku juruacara.


    Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En Pa'an.




    Ucapan alu-aluan dari En. Andi mewakili MSC Malaysia.


    Ucapan perasmian oleh Dato' Mohd Noor.


    En Andi menyampaikan cenderahati dari pihak Sekretariat KMK Kepada Dato' Mohd Noor.