Rss Feed

Info Ringkas

.

  1. Hantar Kertas Cadangan - 30 Jun 2011

    Tuesday, June 28, 2011

    Assalamualaikum dan salam sejahtera warga KMK,

    Tarikh penghantaran kertas cadangan IPCC adalah pada 30 Jun ini. Diharap kalian menepati tarikh yang ditetapkan.

    Sila hantarkan kertas cadangan anda ke alamat berikut:
    sekretariatkmk@gmail.com

    Jangan tunggu saat akhir untuk menghantar. Semoga sukses!

  2. Bengkel 3 - Persediaan ke IPCC

    Friday, June 24, 2011


    Pada 14 hingga 16 Jun 2011 yang lalu telah berlangsung bengkel ketiga Keusahawanan Multimedia Kreatif (KMK) bertempat di Empress Hotel, Sepang. Dengan slogan 'Persediaan ke IPCC', bengkel selama tiga hari ini disertai oleh 47 peserta dari pelbagai latar belakang. Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung adalah berfokus kepada penyediaan kertas cadangan yang bakal dihantar ke pertandingan IPCC tidak lama lagi termasuk sesi pembentangan dan soal jawab bersama tetamu jemputan.

                                  Osman Affan (berdiri) antara yang hadir memberikan 
                                                            tips berguna kepada para peserta

                  Wakil dari Telekom Malaysia yang diundang untuk memberi panduan kepada peserta

                                Pn. Shahrizan dan Pn. Salimah dari MAC 3 (hadapan kiri) antara yang 
                                                                hadir pada bengkel kali ini

    Turut memeriahkan bengkel tiga hari berkenaan, pakar motivasi berpengalaman Osman Affan, salah seorang pemenang IPCC 2010 dalam kategori komik interaktif, Fahimi serta wakil dari MAC 3, Cradle Fund, Telekom Malaysia dan Nyla Production yang memberikan tips berguna kepada peserta berkenaan pertandingan IPCC dan peluang keusahawanan dalam bidang kreatif multimedia.

                  Salah seorang pemenang IPCC 2010 kategori komik interaktif, Fahimi berkongsi 
                                                      tips bersama peserta bengkel ke-3 KMK

                           Wakil dari Cradle Fund bersama peserta berkongsi peluang keusahawanan 
                                                            dalam bidang kreatif multimedia


                        Wakil dari Nyla Production (komik Upin & Ipin) turut sama memeriahkan bengkel

    Pada hari terakhir bengkel, majlis penutup dan penyampaian hadiah disusuli dengan acara memotong kek bagi meraikan hari lahir peserta pada bulan April, Mei dan Jun. Adalah diharapkan bengkel KMK pada kali ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada peserta dalam membina kertas cadangan yang kompetitif untuk bersaing di pertandingan IPCC 2011 tidak lama lagi.

    Akhir kata, terima kasih dan semoga berjaya diucapkan kepada seluruh warga KMK. Pastikan kalian hantar proposal pada 30 Jun ini ya! Gambateh :)



  3. Selamat Datang ke Bengkel 2 Fasa II

    Tuesday, May 10, 2011

    Bengkel 2 KMK Fasa II akan berlangsung di Hotel Putra, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur dari 10 hingga 12 Mei 2011.
    Selamat datang diucapkan kepada para peserta.

  4. IPCC 2011

    Tuesday, April 26, 2011

    Untuk makluman semua,

    Disertakan pautan untuk anda memuat naik Contoh Template yang terbaru ;
    Diharap anda dapat merujuk Contoh Template yang diberikan.

    Terima kasih.

    p/s : Anda juga boleh melayari laman sesawang MSC IPCC 2011

  5. Tahniah

    Wednesday, April 20, 2011


    As Salam kepada Usahawan KMK,

    Semoga kalian berada dalam keadaan sihat wala'fiat.

    Kami selaku Urusetia KMK mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada anda atas penglibatan anda dalam siri Bengkel 1 yang telah berlangsung di Bagan Lalang baru-baru ini.

    Harap ilmu yang dibekalkan bakal memberi insipirasi kepada anda dalam menghasilkan proposal yang melayakkan anda ke peringkat seterusnya. Semoga terus menerus berjaya. :)

    p/s : Jumpa anda di Bengkel 2 pada 10-12 Mei 2010 nanti. Pastikan mark kalendar anda.

  6. Assamualaikum dan Salam Sejahtera,

    Sukacita dimaklumkan Bengkel 1 - Bengkel Persediaan Ke Pertandingan IPCC bakal diadakan di :

    Bengkel Persediaan Ke Pertandingan IPCC
    Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang, Selangor
    13 – 15 APRIL 2011




    Jumpa anda disana!!

  7. Facebook group KMK

    Wednesday, March 23, 2011

    Salam buat semua peserta KMK fasa 2, satu kumpulan dalam Facebook (FB Group)  telah dibuat atas nama KMK fasa 2.
    url: http://www.facebook.com/home.php?sk=group_142257385841125
    Ia adalah kumpulan tertutup dan hanya boleh menjadi ahli melalui jemputan dari admin kumpulan.
    Kepada semua peserta sila 'pm' inbox saya di Facebook untuk menjadi ahli kepada kumpulan ini.
    Segala update mengenai KMK fasa 2 akan dipaparkan pada 'wall' FB group KMK. Harap Maklum.

    Facebook saya: Zie Itoon, atau
    email: onn.zaid@gmail.com

  8. Peserta-peserta KMK fasa 2

    Tuesday, March 22, 2011

    Seramai 20 orang peserta yang telah terpilih untuk memasuki fasa II KMK. Mereka ialah peserta dari bengkel-bengkel yang telah dijalankan sepanjang bulan November 2010 hingga Januari 2011.

    Peserta yang terpilih ialah:

    1. Pn Qistina Low Li Cheng
    2. En Mahmood Shukairi
    3. En. Zaine b. Bujal
    4. En Mohd Fairus b. Zainal Abidin
    5. En. Al Jeffrey b. Ismail
    6. En Mohd Harris b. Abdul Rahman
    7. En Nur Akmal Afif b A'amadim
    8. Cik Nur Farahshikin bt A.Rahim
    9. En. Mohd Khairulhamdi b Abdul Hamid
    10. En Mohd Rizal Katha
    11. En Mohd Faridil Amir b Shobri
    12. Cik Siti Rahila bt Zainuddin
    13. Cik Nur Aisyah bt Zulkefli
    14. En Fuad Sanoesi
    15. Cik Zuhafizah bt Farook
    16. Pn Aslinda bt Mahat
    17. Cik Syazana Azri bt Sabarudin
    18. En Mohd Nazri b Md Yunus
    19. Cik Siti Hawa Abdul Rahman
    20. En Nazra b Basir
    Sekalung tahniah dari sekretariat.

  9. Keputusan Bengkel KMK memasuki fasa 2

    Tuesday, March 15, 2011

    Salam buat semua peserta KMK, keputusan memasuki fasa 2 telah dimuktamatkan. Para peserta yang terpilih akan dihubungi oleh sekretariat KMK dalam masa yang terdekat.

    Terima kasih diucapkan buat semua yang telah menghantarkan penyertaan. Kami mengucapkan selamat maju jaya buat semua. Salam.

  10. Perhatian tarikh tutup penghantaran projek bagi Bengkel KMK  Kuala Lumpur ialah pada hari ini iaitu, 17 Januari 2011 bersamaan hari Isnin jam 12 tengahmalam. Harap maklum.

    Team KMK mengucapkan selamat maju jaya buat semua peserta.

  11. Perhatian buat semua peserta KMK Kota Bharu dan Shah Alam, di atas permintaan ramai, tarikh tutup penghantaran projek bagi kedua-dua bengkel telah dilanjutkan sehingga 7 Januari 2011 bersamaan hari Jumaat pada pukul 12 tengah malam. Harap Maklum.

    Team KMK mengucapkan selamat maju jaya buat semua peserta bagi kedua-dua bengkel. Semoga bertemu lagi  di Fasa II di Kuala Lumpur.

  12. Bengkel KMK Puchong.

    Monday, January 3, 2011

    Bengkel terakhir KMK akan berlangsung di Puchong, Selangor bertempat di Persekutuan Orang Pekak Malaysia pada 4 Januari 2011. Berikut adalah jadual bengkel yang akan berlangsung selama 3 hari.


    Jumpa anda di sana.

  13. Perhatian buat peserta Bengkel KMK Shah Alam 1, tarikh tutup penghantaran projek  memasuki fasa 2 ialah pada hari Selasa 4 January 2011 pada pukul 12 tengah  malam.

    Team mengucapkan selamat maju jaya buat semua. Semoga bertemu lagi di fasa 2.