Program KMK- Keusahawanan Multimedia Kreatif
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dengan usahasama MSC Malaysia bakal menganjurkan program Keusahawanan Multimedia Kreatif (KMK) bermula Oktober 2010 sehingga Jun 2011.
Program KMK ini adalah salah satu daripada inisiatif INSKEN dalam mempertingkatkan pendapatan isi rumah golongan terpilih menerusi penglibatan dalam pertandingan Siri Cabaran Pencipta Harta Intektual (IPCC) anjuran MSC Malaysia.
IPCC adalah sebuah pertandingan tahunan yang bertemakan kandungan kreatif yang menawarkan geran bagi pembangunan multimedia kreatif. Pertandingan ini merangkumi EMPAT kategori seperti komik interaktif digital, animasi, permainan kasual komputer dan permainan telefon mudah alih.
Kelayakan yang diperlukan untuk menyertai program KMK ialah:
1. Bumiputera
2. Memiliki sifat-sifat keusahawanan
3. Mempunyai latar belakang dalam multimedia kreatif
4. Merupakan golongan terpilih yang disasarkan iaitu:
Pembabitan golongan terpilih dalam program ini akan menawarkan peluang untuk mereka meraih pendapatan baru sekaligus membantu golongan ini untuk mempelajari asas kepada multimedia kreatif secara percuma menerusi fasa pertama pelaksanaan KMK.
Perlaksanaan Program
Program ini terbahagi kepada 3 fasa iaitu:
Di mana ia melibatkan pelbagai aktiviti daripada bengkel multimedia kreatif dan keusahawanan sehingga ke penghasilan prototaip.
Bagi fasa pertama LAPAN sesi bengkel multimedia kreatif akan diadakan. Lokasinya adalah seperti dibawah.
Bil | Lokasi | Golongan Sasaran | Tarikh Bengkel | |
1 | Johor | Belia | 20 hingga 22 Oktober 2010 | |
2 | Penang | Belia | 26 hingga 28 Oktober 2010 | |
3 | Johor | Wanita | 9 hingga 11 November 2010 | |
4 | Kelantan | Belia | 21 hingga 25 November 2010 | |
5 | Selangor | Orang Kurang Upaya | 30 November hingga 2 Disember 2010 | |
6 | Pahang | Orang Asli | 8 hingga 10 Disember 2010 | |
7 | Kuala Lumpur | Wanita | 14 hingga 16 Disember 2010 | |
8 | Selangor | Orang Kurang Upaya | 21 hingga 23 Disember 2010 | |
**Tertakluk pada perubahan
Rakan kerjasama
Rakan kerjasama yang akan terlibat menjayakan program ini ialah:
Negeri | Rakan Kerjasama |
Johor | Iskandar Region Development Authority |
Kedah | Yayasan Sultanah Bahiyah |
Perak | Jabatan Hal Ehwal Orang Asli |
Kelantan | Jabatan Belia dan Sukan |
K.Lumpur/ Selangor | Jabatan Kebajikan Masyarakat |
Pulau Pinang | Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang |
0 comments:
Post a Comment