Info Ringkas
-
Hantar Kertas Cadangan - 30 Jun 2011
Tuesday, June 28, 2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera warga KMK,
Tarikh penghantaran kertas cadangan IPCC adalah pada 30 Jun ini. Diharap kalian menepati tarikh yang ditetapkan.
Sila hantarkan kertas cadangan anda ke alamat berikut:
Jangan tunggu saat akhir untuk menghantar. Semoga sukses!Posted by Sekretariat KMK at 9:50 AM | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Bengkel 3 - Persediaan ke IPCC
Friday, June 24, 2011
Pada 14 hingga 16 Jun 2011 yang lalu telah berlangsung bengkel ketiga Keusahawanan Multimedia Kreatif (KMK) bertempat di Empress Hotel, Sepang. Dengan slogan 'Persediaan ke IPCC', bengkel selama tiga hari ini disertai oleh 47 peserta dari pelbagai latar belakang. Aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini berlangsung adalah berfokus kepada penyediaan kertas cadangan yang bakal dihantar ke pertandingan IPCC tidak lama lagi termasuk sesi pembentangan dan soal jawab bersama tetamu jemputan.
Osman Affan (berdiri) antara yang hadir memberikantips berguna kepada para peserta
Wakil dari Telekom Malaysia yang diundang untuk memberi panduan kepada peserta
Pn. Shahrizan dan Pn. Salimah dari MAC 3 (hadapan kiri) antara yang
hadir pada bengkel kali ini
Turut memeriahkan bengkel tiga hari berkenaan, pakar motivasi berpengalaman Osman Affan, salah seorang pemenang IPCC 2010 dalam kategori komik interaktif, Fahimi serta wakil dari MAC 3, Cradle Fund, Telekom Malaysia dan Nyla Production yang memberikan tips berguna kepada peserta berkenaan pertandingan IPCC dan peluang keusahawanan dalam bidang kreatif multimedia.
Salah seorang pemenang IPCC 2010 kategori komik interaktif, Fahimi berkongsi
tips bersama peserta bengkel ke-3 KMK
Wakil dari Cradle Fund bersama peserta berkongsi peluang keusahawanan
dalam bidang kreatif multimedia
Wakil dari Nyla Production (komik Upin & Ipin) turut sama memeriahkan bengkel
Pada hari terakhir bengkel, majlis penutup dan penyampaian hadiah disusuli dengan acara memotong kek bagi meraikan hari lahir peserta pada bulan April, Mei dan Jun. Adalah diharapkan bengkel KMK pada kali ini dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada peserta dalam membina kertas cadangan yang kompetitif untuk bersaing di pertandingan IPCC 2011 tidak lama lagi.
Akhir kata, terima kasih dan semoga berjaya diucapkan kepada seluruh warga KMK. Pastikan kalian hantar proposal pada 30 Jun ini ya! Gambateh :)
Posted by Sekretariat KMK at 5:21 PM | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Selamat Datang ke Bengkel 2 Fasa II
Tuesday, May 10, 2011
Bengkel 2 KMK Fasa II akan berlangsung di Hotel Putra, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur dari 10 hingga 12 Mei 2011.
Selamat datang diucapkan kepada para peserta.Posted by Sekretariat KMK at 10:49 AM | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
IPCC 2011
Tuesday, April 26, 2011
Disertakan pautan untuk anda memuat naik Contoh Template yang terbaru ;Diharap anda dapat merujuk Contoh Template yang diberikan.
Terima kasih.
p/s : Anda juga boleh melayari laman sesawang MSC IPCC 2011Posted by Sekretariat KMK at 2:29 PM | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Tahniah
Wednesday, April 20, 2011
As Salam kepada Usahawan KMK,
Semoga kalian berada dalam keadaan sihat wala'fiat.
Kami selaku Urusetia KMK mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada anda atas penglibatan anda dalam siri Bengkel 1 yang telah berlangsung di Bagan Lalang baru-baru ini.
Harap ilmu yang dibekalkan bakal memberi insipirasi kepada anda dalam menghasilkan proposal yang melayakkan anda ke peringkat seterusnya. Semoga terus menerus berjaya. :)p/s : Jumpa anda di Bengkel 2 pada 10-12 Mei 2010 nanti. Pastikan mark kalendar anda.
Posted by Sekretariat KMK at 12:23 PM | 1 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Bengkel 1 - Bengkel Persediaan Ke Pertandingan IPCC
Wednesday, March 30, 2011
Assamualaikum dan Salam Sejahtera,
Sukacita dimaklumkan Bengkel 1 - Bengkel Persediaan Ke Pertandingan IPCC bakal diadakan di :
Bengkel Persediaan Ke Pertandingan IPCCHotel Seri Malaysia Bagan Lalang, Sepang, Selangor
13 – 15 APRIL 2011
Jumpa anda disana!!Posted by Sekretariat KMK at 2:37 PM | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Facebook group KMK
Wednesday, March 23, 2011
Salam buat semua peserta KMK fasa 2, satu kumpulan dalam Facebook (FB Group) telah dibuat atas nama KMK fasa 2.
url: http://www.facebook.com/home.php?sk=group_142257385841125
Ia adalah kumpulan tertutup dan hanya boleh menjadi ahli melalui jemputan dari admin kumpulan.
Kepada semua peserta sila 'pm' inbox saya di Facebook untuk menjadi ahli kepada kumpulan ini.
Segala update mengenai KMK fasa 2 akan dipaparkan pada 'wall' FB group KMK. Harap Maklum.
Facebook saya: Zie Itoon, atau
email: onn.zaid@gmail.comPosted by Sekretariat KMK at 11:26 AM | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Peserta-peserta KMK fasa 2
Tuesday, March 22, 2011
Seramai 20 orang peserta yang telah terpilih untuk memasuki fasa II KMK. Mereka ialah peserta dari bengkel-bengkel yang telah dijalankan sepanjang bulan November 2010 hingga Januari 2011.
Peserta yang terpilih ialah:
- Pn Qistina Low Li Cheng
- En Mahmood Shukairi
- En. Zaine b. Bujal
- En Mohd Fairus b. Zainal Abidin
- En. Al Jeffrey b. Ismail
- En Mohd Harris b. Abdul Rahman
- En Nur Akmal Afif b A'amadim
- Cik Nur Farahshikin bt A.Rahim
- En. Mohd Khairulhamdi b Abdul Hamid
- En Mohd Rizal Katha
- En Mohd Faridil Amir b Shobri
- Cik Siti Rahila bt Zainuddin
- Cik Nur Aisyah bt Zulkefli
- En Fuad Sanoesi
- Cik Zuhafizah bt Farook
- Pn Aslinda bt Mahat
- Cik Syazana Azri bt Sabarudin
- En Mohd Nazri b Md Yunus
- Cik Siti Hawa Abdul Rahman
- En Nazra b Basir
Sekalung tahniah dari sekretariat.Posted by Sekretariat KMK at 1:21 PM | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Keputusan Bengkel KMK memasuki fasa 2
Tuesday, March 15, 2011
Salam buat semua peserta KMK, keputusan memasuki fasa 2 telah dimuktamatkan. Para peserta yang terpilih akan dihubungi oleh sekretariat KMK dalam masa yang terdekat.
Terima kasih diucapkan buat semua yang telah menghantarkan penyertaan. Kami mengucapkan selamat maju jaya buat semua. Salam.Posted by Sekretariat KMK at 12:30 PM | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Tarikh tutup penghantaran projek Bengkel KMK Kuala Lumpur
Monday, January 17, 2011
Perhatian tarikh tutup penghantaran projek bagi Bengkel KMK Kuala Lumpur ialah pada hari ini iaitu, 17 Januari 2011 bersamaan hari Isnin jam 12 tengahmalam. Harap maklum.
Team KMK mengucapkan selamat maju jaya buat semua peserta.Posted by Sekretariat KMK at 2:14 PM | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Lanjutan tarikh untuk KMK Kota Bharu dan Shah Alam 1
Thursday, January 6, 2011
Perhatian buat semua peserta KMK Kota Bharu dan Shah Alam, di atas permintaan ramai, tarikh tutup penghantaran projek bagi kedua-dua bengkel telah dilanjutkan sehingga 7 Januari 2011 bersamaan hari Jumaat pada pukul 12 tengah malam. Harap Maklum.
Team KMK mengucapkan selamat maju jaya buat semua peserta bagi kedua-dua bengkel. Semoga bertemu lagi di Fasa II di Kuala Lumpur.Posted by Sekretariat KMK at 12:28 PM | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Bengkel KMK Puchong.
Monday, January 3, 2011
Bengkel terakhir KMK akan berlangsung di Puchong, Selangor bertempat di Persekutuan Orang Pekak Malaysia pada 4 Januari 2011. Berikut adalah jadual bengkel yang akan berlangsung selama 3 hari.
Jumpa anda di sana.Posted by Sekretariat KMK at 3:49 PM | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |
-
Perhatian buat peserta Bengkel KMK Shah Alam 1, tarikh tutup penghantaran projek memasuki fasa 2 ialah pada hari Selasa 4 January 2011 pada pukul 12 tengah malam.
Team mengucapkan selamat maju jaya buat semua. Semoga bertemu lagi di fasa 2.Posted by Sekretariat KMK at 9:57 AM | 0 comments | Email This BlogThis! Share to X Share to Facebook |